Thursday, May 27, 2010

ETIKA MENGKRITIK



Sekiranya anda berasa kurang senang terhadap seseorang dan ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru. Kenali dahulu 5 etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya. Barulah orang tak sakit hati.
  1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan memalukan dirinya, dan dianggap tidak profesional, malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.
  2. Cuba mulakan teguran anda dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu.
  3. Ciptakan suasana 'bersahabat' sebelum anda memulakan 'serangan'.
  4. Kritik hanya pada tindakan/perbuatan/perangai, bukan orangnya.
  5. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan untuk menunjukkan kuasa atau siapa lebih pandai.

2 comments:

Cheqna said...

Bagus etika ni..kadang2 org terlupa "adat" dalam mengkritik..

Shaiful Zaidi said...

Cheqna...saya setuju dgn awak.
Kritikan perlu membina, bukannya membinasa.

Related Posts with Thumbnails