Sunday, May 23, 2010

Perjalananku...

Awal pagi Jumaat, 21 Mei 2010, aku memulakan perjalananku dari Laguna Merbok ke Kota Sarang Semut untuk mengambil abah dan mama. Dari KSS, kami bertolak pukul 10.oo pagi melalui susur masuk lebuh raya PLUS di pekan Kobah. Perjalanan terhenti seketika di R&R Gurun untuk mengisi petrol. Perjalanan diteruskan sehingga sampai di R&R Tapah. Kami berhenti untuk makan dan solat. Selepas itu, perjalanan di teruskan sampai ke susur keluar Bukit Beruntung. Di sini aku bertemu dengan adikku yang bekerja di Kilang Perodua. Kami singgah sebentar di kilang PERODUA di Sg. Choh.


Selepas itu, perjalanan diteruskan sampai ke Sg. Buluh. Aku tak berapa biasa dengan jalan di sini. Main redah aje... nak ke Meru. Aku cari jalan berdasarkan peta pada kad jemputan kahwin. Berdasarkan petunjuk itu..............aku melalui Subang, Puncak Perdana, sampai ke Puncak Alam. Akhirnya baru aku jumpa jalan ke Meru. Jauh jugak...coz aku tersalah pilih jalan. Sampai di Meru, kami terus disambut oleh tuan rumah dan dibawa ke rumah penginapan...Rumah Penang.

Pada pagi Sabtu, aku keluar bersiar sebentar ke Shah Alam. Apabila nak balik, aku ingat nak pi Meru mesti 'on da way' ke Kelang. So..aku terus pandu melalui Bukit Tinggi ke Klang. First time, aku lalu di sini. Sampai di Klang, aku 'tersesat'. Terus aku telefon kawan lama kat sini untuk dapat petua ke Meru.Akhirnya aku dapat ' jalan' melalui Bukit Raja dan sampai balik ke Meru.


Pukul 1.00 ptg, kami pun pergi ke Dewan Meru untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak kepada saudaraku...Abg Majid. Pelbagai juadah makanan dihidangkan kepada tetamu. Sungguh menyelerakan....



Tak lama kemudian, pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang dan dipersembahkan pertunjukkan silat. Turut serta persembahan silat oleh Mohd Hairi, pelakon siri Gerak Khas.


Tak lama kemudian, kami bertemu sekali lagi dengan Abg Majid untuk mengucapkan terima kasih atas layanan yang diterima. Aku lihat, ramai jugak sanak saudara dari Kedah dan Penang yang datang ke majlis ini.

Saya dan abah bersama Abg Majid,
Pengerusi Eksekutif   Bot  Industries International Sdn. Bhd.
Di luar dewan, terdapat gerai jualan yang dibuka oleh syarikat BOT Industries International Sdn. Bhd. Macam-macam produk kesihatan dijual...


Kami pun bertolak balik melalui Puncak Alam ke Paya Jaras...sampai ke Lebuhraya Guthrie dan ke PLUS highway..Aku dapat petua jalan ini dari saudara yang datang dari Penang. Perjalanan lebih dekat.. Kami teruskan perjalanan sehingga R&R Sg. Perak untuk berehat seketika...dan akhir lebih kurang pukul 8.15 mlm, kami sampai ke Kota Sarang Semut.


Pukul 10.00 malam aku bertolak ke Laguna Merbok....

2 comments:

Unknown said...

Perjalanan yang menarik ya ?

Semoga sukses dan baghagia serta tetap semangat.

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih Bung Jamil. Mai la singgah Laguna Merbok.

Related Posts with Thumbnails