Wednesday, May 19, 2010

My Sweet Memories

Salam....Ni gambar kenangan bersama rakan-rakan kelas 5S1 Sek. Men. Sains Sultan Mohamad Jiwa (SSMJ), Sg. Petani, Kedah. Foto ini diambil pada tahun 1994 untuk disiarkan dalam majalah sekolah. Cikgu kelas aku, Cikgu Ahmad mengajar kami Bahasa Melayu. Ketua kelas, Norazlind, manakala Pen. Ketua, Juliana. Setelah hampir 16 tahun tidak bertemu, aku berasa bertuah kerana dapat berhubung kembali dengan rakan sekelas melalui Facebook. Masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai karier tersendiri. Kepada rakan-rakan yang masih belum berhubung, carilah aku di laman facebook.


Berdiri belakang dr kiri:Johari, Helmi, Rustam,Najib(Arwah), Ong Jenn Way, Asyraf, Naga, Shaiful Zaidi, Hafiz
Berdiri di tgh: Mohd Ghauth,Ainul, Hizalina,Norashikin,Shahrul Yusmin, Haniza,Nursyira,Nur Iskandar
Duduk di depan:Rosdisham,Shahrizal,Norazlind,Cikgu Ahmad,Juliana, Rosniza, Norkhairul


Ini pula foto bersama rakan-rakan di asrama putera SSMJ. Asrama inilah tempat kami tidur dan kami belajar. Tinggal di asrama yang jauh dari keluarga membolehkan kami belajar berdikari...semuanya dibuat sendiri seperti mengemas tempat tidur, membasuh pakaian dan banyak lagi.


Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat aku 'belajar'. Aku sangat merindui masa-masa lalu bersama rakan-rakan di sekolah ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails