Saturday, December 19, 2009

Ceramah Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz


Alhamdulillah, pada malam ini aku berkesempatan mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz di Surau Andalusia, Laguna Merbok. Antara kandungan ceramah malam ini ialah bila berlakunya Hijrah?, sejarah penghijrahan Rasulullah (S.A.W) dan intipati hijrah. Ceramah ini disampaikan dengan menarik dan diselang-selikan dengan cerita sirah Nabi dan sahabat. Dato' Hassan Din telah menjelaskan perbezaan antara manusia Nas dan Insan. Selain itu, cerita yang paling menarik perhatianku dan para audien ialah kisah pengorbanan Bilal Bin Rabah iaitu muazzin yang berbangsa Habsyah. Beliau merupakan seorang bekas hamba yang pernah diseksa dengan dihempap dengan batu besar di tengah padang pasir.Walaupun teruk diseksa beliau tidak mudah mengalah dengan menyebut..."Ahad, Ahad, Ahad" iaitu kalimah meng'esa'kan Allah. Dato' Hassan menganalogikan cerita ini dengan keadaan masa kini. Betapa lemahnya iman seseorang, hanya kerana ditindih dengan bantal peluk di atas tilam yang empuk. Apabila dikejutkan untuk solat Subuh oleh si isteri, si suami yang gagah perkasa tidak mampu mengangkat tindihan bantal peluk. Si Suami juga menyebut...."Ahad, Ahad, Ahad". Tapi Ahad ini maknanya lain...Ahad..hari minggu, hari cuti. Akhirnya terlepas solat Subuh. Betapa lemahnya iman kita. Banyak yang aku pelajari dalam ceramah yang singkat ini. Semoga kita semua beroleh pengajaran.

No comments:

Related Posts with Thumbnails