Thursday, August 13, 2009

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2009


Pada 10 ogos 2009, saya bersama dua orang pelajar SMK Bedong telah berkunjung ke negeri Perlis. Kami ke sana untuk menyertai pertandingan Saintis Muda sempena Karnival Sains dan Teknologi Kebangsaan 2009. Kami bersama kontigen negeri Kedah telah menginap di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Dari bilik hotel, saya melihat pemandangan yang sungguh menarik khususnya keadaan laut yang terbentang luas dengan dibayangi gugusan kepulauan Pulau Langkawi. Suasana yang cukup indah juga dapat dilihat apabila matahari hampir terbenam. Ini mengingatkan saya bahawa betapa agungnya kebesaran Allah dan betapa kerdilnya manusia.


Karnival ini dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 10 Ogos 2009 hingga 13 Ogos 2009. Ia berlangsung di tiga tempat iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.



Antara pertandingan yang dijalankan ialah:



  1. Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan SM


  2. Teknologi Pelancaran Roket SM.


  3. Saintis Muda SM.


  4. Saintis Muda SR


  5. Bercerita Sains Tahap 1


  6. EUREKA SR


  7. Kereta Solar SM


  8. Tenaga Solar SM ( Portable Cooking With Nature)


  9. Bot Solar

*SM= Sekolah Menengah SR = Sekolah Rendah



Walaupun pelajar-pelajar saya tidak mendapat hadiah dalam pertandingan Saintis Muda SM, namun saya ucapkan syabas kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh sebelum dan semasa eksperimen dijalankan. Tahniah diucapkan kepada kontigen negeri Kedah yang telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Bot Solar, Bercerita Sains Tahap 1 dan Projek Inovasi Sains dan Kejuruteraan SM (kategori Individu). Syabas juga kepada wakil dari Langkawi yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Kereta Solar SM.


Hari ini karnival ini telah ditutup dengan rasminya oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.




No comments:

Related Posts with Thumbnails