1.Tuisyen juga dikenali sebagai kelas tambahan merupakan sesi pembelajaran di luar waktu persekolahan. Tuisyen biasanya dikendalikan oleh pihak sekolah, swasta, yayasan, atau agensi-agensi kerajaan dan juga individu.
2. Tuisyen boleh membantu pelajar yang lemah menguasai ilmu. Bagi pelajar cemerlang tuisyen merupakan bonus.
3. Pelajar yang menumpukan 100% perhatian semasa guru mengajar tidak perlukan tuisyen. Golongan ini lebih baik mengulangkaji pelajaran sendiri untuk meningkatkan kefahaman mereka.
4. Pelajar yang tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di sekolah juga tidak memerlukan tuisyen. Buat apa mereka membuang masa dan duit kerana apa yang penting perubahan sikap mereka iaitu lebih menghormati guru dan menumpukan perhatian di kelas.
5. Golongan pelajar yang memerlukan tuisyen ialah pelajar yang sederhana prestasi akademiknya. Pelajar ini jika dibantu dengan guru tuisyen yang berpengalaman, mereka akan mendapat gred yang lebih baik.
6.Tuisyen merupakan nilai tambah kepada pelajar untuk berjaya dengan lebih cemerlang. Walau bagaimanapun tuisyen bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang pelajar.
7.Kejayaan seseorang pelajar ditentukan dengan usaha, doa dan tawakal.
^^Teringat kenangan semasa mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen Tunas (Keramat Permai, Gombak, Bandar Tasik Selatan), PT Ampang Jaya, PT Suriajaya, tuisyen DBKL di Teratak Muhibbah Tmn Desa, asrama SMK Puteri Wilayah, Kg Baru dan tuisyen di Kondo Rakyat, Pantai Dalam^^
No comments:
Post a Comment