Thursday, January 29, 2009

Komunikasi Berkesan

Komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung atau menggunakan perantaraan massa yang sampai kepada audiens atau klien atau kumpulan sasar. Setiap manusia normal mempunyai keupayaan untuk menjadi komunikator yang berjaya dan berkesan sekiranya berpeluang untuk mempelajari dan mengamalkan prinsip-prinsip, panduan-panduan dan kaedah-kaedah komunikasi dalam kehidupan seharian.

Bagaimana menjadi komunikator yang berkesan?
Seorang komunikator perlu:-
  1. Merancang dan menyusun strategi idea yang hendak disampaikan.
  2. Mengenali siapakah kumpulan sasar yang menjadi audien atau kliennya dari segi pengetahuan dan isu yang akan dipersembahkan.
  3. Menyampaikan perkara-perkara yang sahih dan benar.
  4. Menggunakan gaya bahasa yang baik dan indah, mudah difahami dan sedap didengar.
  5. Menyampaikan maklumat yang jelas dan berstruktur.
  6. Menunjukkan gaya kesungguhan semasa berbicara.
  7. Menyampaikan hujah yang tepat dan rasional.
  8. Memperbaiki kelemahan diri dengan mendapatkan pandangan dan idea dari orang lain yang lebih arif.
  9. Melaksanakan segala apa yang dicakapkan.
  10. Mengelakkan diri dari tanggapan negatif terhadap orang lain.
  11. Menjadi seorang pendengar yang berkesan.

Semoga beberapa panduan di atas dapat membantu kita menjadi seorang pendidik/komunikator yang berkesan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails