Seluruh warga pendidik berasa sedih mendengar berita kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail di Institut Aminuddin Baki pada 28 Nov. 2008. Semasa hayatnya beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab khususnya dalam melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang yang soleh.
No comments:
Post a Comment