Sunday, November 23, 2008
Cita-cita
Setiap insan yang dilahirkan mempunyai impian masing-masing. Impian atau cita-cita ini dipendam semenjak zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Cita-cita kita boleh jadi ingin berjaya dalam pelajaran, ingin mendapat pekerjaan yang baik, ingin menjadi kaya atau apa-apa sahaja yang kita hajati. Hakikatnya cita-cita perlu direalisasikan hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Impian tanpa gerak usaha pasti tidak membuahkan hasil. Cita-cita juga perlu diiringi dengan motivasi dan doa. Motivasi untuk mencapai cita-cita boleh dibantu dengan faktor persekitaran misalnya keluarga, rakan-rakan, sumber dan persekitaran. Kita harus bertawakal kepada ALLAH sesudah kita berusaha dengan gigih. Janganlah cita-cita hanya tinggal angan-angan kosong.. Apakah cita-cita kita telah terlaksana? Adakah kita berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment