Tuesday, September 16, 2008

PPSMI

  • Dasar ini mula dibincangkan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 8 Mei 2002.
  • Dua tujuan dasar ini ialah membolehkan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan meneroka dunia sains dan teknologi yang semakin berkembang dengan pesat.
  • Pelaksanaan dasar ini telah hangat diperdebatkan sama ada oleh ahli-ahli politik dan cendekiawan, pihak media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan orang perseorangan.
  • Pelbagai hujah telah diberikan oleh pihak yang menyokong atau yang membangkang pelaksanaan dasar ini.
  • Sufean Hussin (2004) menyatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris membantu meningkatkan penguasaan pelbagai cabang ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan tuntutan globalisasi serta boleh berkomunikasi dengan lebih berkesan di peringkat antarabangsa.
  • Bahasa Inggeris juga menjadi lingua franca di kalangan orang-orang yang berasal dari negara yang berbeza dan menggunakan bahasa ibunda yang berlainan.
  • Adakah dasar ini akan diteruskan pada tahun depan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails