Thursday, September 18, 2008

KAKUSMA

Teringat aku kenangan semasa di USM, Pulau Pinang. Aku merupakan salah seorang exco KAKUSMA (Kumpulan Anak-anak Kedah USM) sesi 1998/99. Penglibatan aku dalam persatuan ini banyak memberi aku pengalaman dalam menguruskan sesebuah organisasi. Hidup di universiti bukan hanya belajar ilmu dari buku-buku atau pensyarah-pensyarah, tetapi hidup berorganisasi dalam persatuan banyak memberi input yang berguna apabila memasuki alam pekerjaan. Antara aktiviti yang pernah aku sertai semasa mengganggotai KAKUSMA ialah baktisiswa di Kg. Pasir Hitam, Langkawi dan di Kg. Teluk Teduri, Baling, lawatan ke Wisma Darul Aman dan UM, K.L. Teringin aku bertemu semula dengan senior-senior seperti Abang Mat, Izmi Rizan, Kak Siah, Kak As dan lain-lain. Tak lupa, barisan kepimpinan KAKUSMA 1998/99, Azizi (Presiden), Mazli, Hanizam, Saiful Azam, Jamkuriyati, Zuriza, Ina, Zah, Shakila, dan lain-lain. Di mana kalian berada kini? Kenangan bersama kalian tidak dapat aku lupakan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails