Monday, September 28, 2015

Percutian di Hotel Grand Lexis, Port Dickson.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan blogger dan silent reader. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk menulis entri yang telah lama tertangguh. Entri kali ini berkenaan percutian yang cukup istimewa di Hotel Grand Lexis, Port Dickson.

Hotel Grand Lexis, Port Dickson
       Sebelum ini, saya sudah beberapa kali sampai ke Port Dickson. Namun kunjungan kali ini saya tersilap jalan bermula dari keluar highway PLUS di Tol Seremban. Saya keliru dengan keadaan jalan dan keadaan sekeliling dan hanya mengikut papan tanda. Saya tersasar dari laluan yang biasa dilalui. Namun akhirnya saya berjaya menemui lebuhraya Seremban - PD di Lukut dan sampai ke Port Dickson. Di PD agak sukar saya mencari Hotel Grand Lexis kerana kekurangan papan tanda. Akhirnya sampai jugak saya dan family di Hotel Grand Lexis yang terletak bersebelahan dengan Glory Beach Resort.

Ruang dalam
 Alhamdulillah penat memandu dari SP berbaloi bila memasuki villa atas air di Hotel Grand Lexis. Petang tu, saya dan anak menghabiskan masa berenang di dalam kolam yang terdapat di villa itu.
Tingkap akses ke kolam
 Memang banyak kemudahan yang disediakan di villa itu, mungkin sesuai dengan kadar yang dikenakan yang agak tinggi. Sebagai kakitangan kerajaan, saya mendapat potongan harga sebanyak 20%.
Kamar tidur
     Inilah kolam yang menjadi tempat kami berenang-renang. Kedalamannya 4 kaki sahaja dan keluasannya boleh menampung beberaa orang sahaja. Sesuailah untuk sebuah family yang kecil...
Kolam mandi personal
 Hajat di hati nak memancing, tapi lantai lutsinar ni tak boleh nak buka. Kalau boleh saya memancing ikan dari dalam villa sahaja. Sebenarnya tempat memancing ikan memang disediakan, namun kesuntukan masa menyebabkankan saya tak sempat memancing ikan.
Cermin lutsinar untuk melihat pasang surut air
 Kalau tekak terasa dahaga, anda boleh memilih pelbagai minuman yang disediakan. 

Pelbagai paket minuman segera disediakan 
    Cafetarianya pun luas dan makanannnya pelbagai. Baucar makanan hanya untuk 2 orang, so kena tambah RM22 lagi untuk seorang kanak-kanak.

Cafetaria
 Inilah antara kemudahan yang paling disukai saya iaitu perkhidmatan buggy. Anda boleh membuat panggilan untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Cepat dan peramah pemandunya.
Perkhidmatan buggy
Sememangnya percutian di Hotel Grand Lexis ini memberi suatu pengalaman baru yang tak dapat dilupakan. Anda bila lagi?


12 comments:

ANIM said...

lama tak jengah sini saiful. rumah dah bertukar pun tak sedar..
seronoknya bercuti bersama keluarga

Shaiful Zaidi said...

@Blogger ANIM
terima kasih cikgu...sekrg cikgu berjiran dgn saya ya...

Abam Kie said...

nak simpan duit la nak ke sana nanti..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Menarik tempatnya. Ada kolam sendiri tu. Berapa RM untuk satu malam di sini tuan?

Shaiful Zaidi said...

@Blogger Abam Kie
Abe Kie gi honeymoon kat sana pun best...

Shaiful Zaidi said...

@Blogger Pokok Manggis Depan Rumah
Rate yg saya kena tempohari utk Deluxe Pool Villa ialah RM535.20 per night setelah 20% diskaun bila tunjuk gov. ID. Pn mungkin boleh check rate terkini di website http://www.grandlexispd.com/ atau AGODA dan booking.com utk membanding harga..atau telefon lobi Grand Lexis 06-6532000

dear anies said...

lama dah simpan hajat nk ke sini tp x smpi2 aritu ada offer ms MATTA FAIR tp sy x de plak kt kl ms tu.... insya allah ada rezeki pasti dpt ddk kt sini ;-)

Kamsiah yusoff said...

En Shaiful..alhamdulillah anak akak Badri dah dapat keje kt IBM Cyberjaya...setelah sebulan lebih tamat LI..

BinMuhammad said...

Assalamualalaikum cikgu,
Ini lokasi percutian mewah nih! Kalau tak puas hati tak berbaloi namanye... :)

p/s; blog utama BM kini di www.dammahumnib.com/ Semoga ukhuwah berpanjangan.

Shaiful Zaidi said...

@ ❤Kamsiah❤
Alhamdulillah dan tahniah buat Badri dan akak sekeluarga.

Shaiful Zaidi said...

@Bin Muhammad
Wsalam BM...sekali-sekala berkunjung ke hotel sebegini oklah..tp kalau selalu jenuhlah...hehehe

in sha Allah semoga kita ukhuwah berpanjangan..

Shaiful Zaidi said...

@Khai♥Rin : anies
Ya cubalah...belum cuba, belum tau..

Related Posts with Thumbnails