Salam Maal Hijrah 1437H buat semua rakan blogger dan silent reader
Tahniah saya ucapkan kepada Tn Imam dan seluruh Ahli Jawatankuasa serta Pegawai Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok kerana dinobatkan sebagai Masjid Terbaik (Kategori Bandar) sempena Maal Hijrah 1437H peringkat negeri Kedah pada hari ini.
Sebagai warga Laguna Merbok, saya turut gembira dengan kejayaan ini. Namun, jarak yang jauh menyebabkan saya tidak dapat terlibat dengan banyak aktiviti yang dijalankan di sana.
Semoga Masjid Andalusia terus subur dengan majlis ilmu dan menjadi contoh kepada masjid-masjid lain dari aspek pengurusan, keselamatan, keselesaan dan keceriaan.
2 comments:
Alhamdulillah. Tahniah kepada semua AJK dan penduduk disana. Semoga diperbanyakkan aktiviti dakwah disana. Hidup amalan masjid 24jam di dalamnya dan menjadi sebagai sumber hidayat ke seluruh alam. Amin.
wahhh tahniah tumpang gembira!!!
at least sy dapenah smpi sini ;-)
Post a Comment