Thursday, October 30, 2014

Pro dan Kontra Pasar Kemboja.

Kenangan: Bazar Andalusia, Bandar Laguna Merbok

           Pasar Kemboja suatu nama yang cukup sinonim dengan pekan Parit Buntar, Perak. Di Pasar Kemboja, pelbagai  barangan khususnya pakaian dan tekstil menjadi sebutan kerana dijual dengan harga yang murah.

          Di Bandar Laguna Merbok, Bazar Andalusia@Pasar Kemboja dijalankan pada setiap hari Ahad bermula 7 Sept. 2014. Pada hari pertama sambutannya agak dingin. Namun setelah masuk minggu ke-4, sambutannya di luar dugaan. Bagaimanapun, mulai hari Ahad lepas, tiada lagi Bazar Andalusia di Bandar Laguna Merbok. 

         Sebenarnya, saya sekali pun belum pernah shopping di Bazar Andalusia. Saya hanya mengikuti perkembangannya melalui info-info dan foto-foto daripada rakan-rakan di Laguna.

       Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan kewujudan Pasar Kemboja. Anda bagaimana?

19 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau di Johor sini pun ada tempat yg terkenal dgn pasar kemboja. Daerah Kota Tinggi adalah tumpuan mereka.

Kepada peniaga kita mungkin terasa terjejas tapi sebagai pengguna terasa berbaloi sebab harga ditawarkan sgt murah..

SalbiahM said...

kenapa namanya pasar kemboja?peniaganya orang kemboja ke?

: blognisalpunya.blogspot.com

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Pasar kemboja ni ada baik buruknya juga. Kepada pengguna mungkin dapat buat pilihan kerana harganya berpatutan dari tempat lain. Dari segi kualiti tak pasti pula. rasanya kena pandai pilih.

Kepada peniaga, mugkin akan timbul persaingan. Namun pada saya rezeki masing-masing. Kena pandai usaha dan bagi harga yang baik kepada pelanggan. Inyallah pelanggan akan datang lagi walaupun peniaga tersebut bukan berniaga dipasar kemboja jika pandai menawan hati pelanggan.

Unknown said...

mmm xpasti sbb xpernah pergi ke sana :)

Unknown said...

mmm xpasti sbb xpernah pergi ke sana :)

Teacher Basariah said...

ala..x sempat p..hihi

Kniedaz said...

Salam,
Tak pernah ke Pasar Kemboja, ada pro dan kontranya..kalau dari pihak pembeli, mestilah nak yang murah..tapi kualiti pun nak elok juga..kalau tak elok, sekali tu je lah membeli..so yang penting kualiti kot..

Kamsiah yusoff said...

mereka gigih berniaga...tak manja mcm sesetengah peniaga2 kita...

dear anies said...

laaa kenapa stop? sbb bersepah ke?

Shaiful Zaidi said...

@Kakzakie; Selain di Laguna Merbok, Pasar Kemboja juga diadakan di Pendang.

Di Pendang; peniaga tempatan memprotes kewujudan Pasar Kemboja( Lapor Sinar Harian).

Shaiful Zaidi said...

@SalbiahM; sbg trademark. Bgmanapun ia ditukar kpd Bazar Andalusia. Info yg diterima ramai peniaga Melayu, realitinya saya kurang pasti.

Shaiful Zaidi said...

@PMDR;tq. setuju dgn pandangan Pn.

Shaiful Zaidi said...

@Harith Iskandar; Ok.takpa.

Shaiful Zaidi said...

@Nak buat cmna..pihak berwajib dah tak bagi kebenaran.

ANIM said...

saya dengar juga bantahan di laguna merbok tu. entahlah, bagi saya selagi kita sama2 Islam, pasti ada penyelesaiannya...

dulu area bdr puteri jaya pun terpampang iklan pasar kemboja tu tapi senyap sampai la. ada bantahan juga kot

Shaiful Zaidi said...

W'salam
Kena win win situation kut...
Kualiti vs kuantiti..

Shaiful Zaidi said...

@Kamsiah ; Akak....orang2 Kemboja dulu2 berniaga secara kecil-kecil. Sekrg ramai dah jd tauke besaq.

Ramai jugak peniaga Melayu yg berjaya bersaing di pasaran terbuka. Namun mereka memerlukan modal pusingan yg lebih besar utk menyaingi permintaan dan penawaran dlm perniagaan.

Shaiful Zaidi said...

@Anies; Drp sumber yg boleh dipercayai; pihak berwajib menolak rayuan pihak penganjur utk meneruskan Bazar Andalusia. Namun pertemuan susulan telah diadakan. Sehingga kini statusnya masih belum diketahui...

Shaiful Zaidi said...

@Anim; Cikgu. ..drp komen2 di Fb Penduduk Sg. Petani(PSP), rata2 peniaga tempatan tidak bersetuju dengan kewujudan Pasar Kemboja kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka.

Saya kurang pasti tentang Pasar Kemboja di Bandar Puteri Jaya.


Related Posts with Thumbnails