Kenangan: Bazar Andalusia, Bandar Laguna Merbok |
Pasar Kemboja suatu nama yang cukup sinonim dengan pekan Parit Buntar, Perak. Di Pasar Kemboja, pelbagai barangan khususnya pakaian dan tekstil menjadi sebutan kerana dijual dengan harga yang murah.
Di Bandar Laguna Merbok, Bazar Andalusia@Pasar Kemboja dijalankan pada setiap hari Ahad bermula 7 Sept. 2014. Pada hari pertama sambutannya agak dingin. Namun setelah masuk minggu ke-4, sambutannya di luar dugaan. Bagaimanapun, mulai hari Ahad lepas, tiada lagi Bazar Andalusia di Bandar Laguna Merbok.
Sebenarnya, saya sekali pun belum pernah shopping di Bazar Andalusia. Saya hanya mengikuti perkembangannya melalui info-info dan foto-foto daripada rakan-rakan di Laguna.
Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan kewujudan Pasar Kemboja. Anda bagaimana?
19 comments:
Kalau di Johor sini pun ada tempat yg terkenal dgn pasar kemboja. Daerah Kota Tinggi adalah tumpuan mereka.
Kepada peniaga kita mungkin terasa terjejas tapi sebagai pengguna terasa berbaloi sebab harga ditawarkan sgt murah..
kenapa namanya pasar kemboja?peniaganya orang kemboja ke?
: blognisalpunya.blogspot.com
Pasar kemboja ni ada baik buruknya juga. Kepada pengguna mungkin dapat buat pilihan kerana harganya berpatutan dari tempat lain. Dari segi kualiti tak pasti pula. rasanya kena pandai pilih.
Kepada peniaga, mugkin akan timbul persaingan. Namun pada saya rezeki masing-masing. Kena pandai usaha dan bagi harga yang baik kepada pelanggan. Inyallah pelanggan akan datang lagi walaupun peniaga tersebut bukan berniaga dipasar kemboja jika pandai menawan hati pelanggan.
mmm xpasti sbb xpernah pergi ke sana :)
mmm xpasti sbb xpernah pergi ke sana :)
ala..x sempat p..hihi
Salam,
Tak pernah ke Pasar Kemboja, ada pro dan kontranya..kalau dari pihak pembeli, mestilah nak yang murah..tapi kualiti pun nak elok juga..kalau tak elok, sekali tu je lah membeli..so yang penting kualiti kot..
mereka gigih berniaga...tak manja mcm sesetengah peniaga2 kita...
laaa kenapa stop? sbb bersepah ke?
@Kakzakie; Selain di Laguna Merbok, Pasar Kemboja juga diadakan di Pendang.
Di Pendang; peniaga tempatan memprotes kewujudan Pasar Kemboja( Lapor Sinar Harian).
@SalbiahM; sbg trademark. Bgmanapun ia ditukar kpd Bazar Andalusia. Info yg diterima ramai peniaga Melayu, realitinya saya kurang pasti.
@PMDR;tq. setuju dgn pandangan Pn.
@Harith Iskandar; Ok.takpa.
@Nak buat cmna..pihak berwajib dah tak bagi kebenaran.
saya dengar juga bantahan di laguna merbok tu. entahlah, bagi saya selagi kita sama2 Islam, pasti ada penyelesaiannya...
dulu area bdr puteri jaya pun terpampang iklan pasar kemboja tu tapi senyap sampai la. ada bantahan juga kot
W'salam
Kena win win situation kut...
Kualiti vs kuantiti..
@Kamsiah ; Akak....orang2 Kemboja dulu2 berniaga secara kecil-kecil. Sekrg ramai dah jd tauke besaq.
Ramai jugak peniaga Melayu yg berjaya bersaing di pasaran terbuka. Namun mereka memerlukan modal pusingan yg lebih besar utk menyaingi permintaan dan penawaran dlm perniagaan.
@Anies; Drp sumber yg boleh dipercayai; pihak berwajib menolak rayuan pihak penganjur utk meneruskan Bazar Andalusia. Namun pertemuan susulan telah diadakan. Sehingga kini statusnya masih belum diketahui...
@Anim; Cikgu. ..drp komen2 di Fb Penduduk Sg. Petani(PSP), rata2 peniaga tempatan tidak bersetuju dengan kewujudan Pasar Kemboja kerana ia boleh menjejaskan pendapatan mereka.
Saya kurang pasti tentang Pasar Kemboja di Bandar Puteri Jaya.
Post a Comment