Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu saya dan family berkesempatan bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands. Mungkin ramai rakan-rakan blogger dan silent readers dah sampai ke sana.
Sebenarnya ini kunjungan kali ke-3, kami ke Cameron Highlands. Kali ini, kami menginap di Hotel Copthorne yang terletak tidak jauh dari pekan Brinchang. Dahulunya hotel ini dikenali sebagai Hotel Equatorial.
|
Hotel Copthorne, Brinchang |
Pada hari Jumaat, kami melawat Taman Agroteknologi MARDI di Tanah Rata. Di sana terdapat banyak tumbuhan seperti pokok bunga ros, kaktus, strawberi, teh dan banyak lagi. Ada juga arnab dan burung.
Memang ramai pelawat yang datang khususnya pelajar-pelajar sekolah. Tempat yang sesuai untuk melihat dan mempelajari tentang kepelbagaian tumbuhan yang terdapat di tanah tinggi ini.
|
Bunga-bungaan |
|
Taman Agroteknologi MARDI di Tanah Rata, Cameron Highlands |
|
Pokok Teh |
|
Strawberi |
|
Tak pasti pokok apa. Anda tahu? |
Akhir sekali sempat la shopping kat Kedai MARDI dan sekitar Cameron Highlands. Inilah lokasi Cuti-cuti di Malaysia yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini.
4 comments:
Ole2 utk sy? ;)
Hotel Equatorial biasa tido kat situ dulu2...tp tak perasan dah tukar nama..
skrg suka duduk homestay kalau kesana..kat Taman Sedia tu..
Kena mai Laguna sekali lg...hehehe
Saya pun baru perasan bila nak booking online..
Best jugak Tmn Sedia tu..saya ronda2 kat situ..
Post a Comment