Dari jauh saya melihat meriahnya Bazar Andalusia@Pasar Kemboja di perkarangan Masjid Andalusia.
Alangkah bertuahnya kalau dapat meninjau situasi sebenar. Namun daripada foto-foto yang diterima, Bazar Andalusia semakin mendapat sambutan.
Makin ramai peniaga dan makin ramai pembeli yang datang walaupun ia diadakan pada hari Ahad, iaitu hari bekerja di negeri Kedah.
Moga Bazar Andalusia terus mendapat sambutan hangat. Syabas kepada Biro Ekonomi Masjid Andalusia yang berjaya menghidupkan suasana dan menjana pendapatan di perkarangan Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok.
2 comments:
mereka rajin dan tekun..dimana2 ja memang sambutan terhadap bisness mereka mendapat sambutan dari penduduk tempatan...tgk ja kat Parit Buntar...
Pasar macam ni memang meriah. sebab senang nak cari barang-barang kan.
Post a Comment