Showing posts with label restoran mamak. Show all posts
Showing posts with label restoran mamak. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Bersantai Di Restoran Mamak.


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Saya baru balik dari minum bersama rakan-rakan di sebuah restoran mamak dekat dengan tempat penginapan.Kami minum sambil berbual-bual. Hilanglah sedikit kepenatan hari ini.

 Restoran mamak memang ramai dengan pelanggan pelbagai kaum. Ada pelanggan Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain. Saya tertanya-tanya bagaimana restoran mamak dapat menarik pelanggan majmuk.

  Walaupun dah tengah malam ramai juga pelanggan yang memesan makanan berat. Ia seolah-olah sudah menjadi amalan bagi sebahagian daripada masyarakat kita hari ini. Ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. 

Dah mengantuk ni....Ok jumpa lagi.


Related Posts with Thumbnails