Showing posts with label Tulisan Jawi. Show all posts
Showing posts with label Tulisan Jawi. Show all posts

Monday, March 27, 2017

Galeri Khat Laguna @LagunaMerbok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi peminat tulisan jawi atau khat..anda boleh melihatkan koleksi-koleksi tulisan khat yg sangat cantik dan menarik di Galeri Khat Laguna yg terletak di Bandar Laguna Merbok, Sg Petani. Jika anda berminat, anda boleh membeli atau menempah tulisan khat di situ.

Galeri khat Laguna dimiliki oleh sahabat saya, iaitu Ustaz Zuhud Ulya.

Beliau juga sering dijemput utk memberi kursus penulisan khat khususnya di kalangan pelajar sekolah. Selain itu, Ustaz Zuhud menjalankan perniagaan mencetak banner. Memang cepat dan mudah...kalau saya nak buat banner..just whatsapp dan bannner akan disiapkan dengan segera.
 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Galeri Khat Laguna, anda bolehlah berkunjung ke Galeri Khat Laguna atau follow Galeri Khat Laguna di Fb.

Tuesday, July 8, 2014

Suburnya Tulisan Jawi di Kelantan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pagi...semoga anda semua ceria-ceria..

       Suatu yang menarik dan patut dipuji di negeri Kelantan ialah suburnya penggunaan tulisan jawi. Di mana-mana sahaja anda boleh lihat tulisan jawi digunakan, samada di premis kerajaan, swasta atau persendirian. Premis perniagaan milik yang dimiliki oleh bukan bumiputera turut menggunakan tulisan jawi. Suatu yang agak sukar kita nampak di tempat lain.
Restoran Mcdonald's Kok Lanas
    Tulisan jawi yang makin dilupakan oleh generasi kini patut disegarkan dan digunakan secara meluas agar generasi Y dan Z kembali celik jawi. Memang usaha yang dijalankan di peringkat sekolah rendah seperti j-QAF ialah usaha yang baik untuk memperkasakan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran tulisan jawi, al-Quran , Bahasa Arab dan Fardu Ain. Namun penggunaan tulisan jawi di tempat-tempat awam dapat meningkatkan lagi martabat tulisan jawi. Penggunaan tulisan jawi secara meluas seperti ini patut dicontohi di tempat-tempat lain.



Tulisan ini hanya pendapat saya berdasarkan pemerhatian selama lebih 2 minggu berada di negeri Kelantan.


Related Posts with Thumbnails