Showing posts with label Mysejahtera. Show all posts
Showing posts with label Mysejahtera. Show all posts

Monday, September 6, 2021

Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid-19 di Pantai Hospital Laguna Merbok.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah hari ini saya menerima suntikan dos kedua Vaksin Sinovac di Pantai Hospital Laguna Merbok.
Proses menerima suntikan pada hari ini sangat cepat dan selepas selesai waktu menunggu post vaksin, saya dibenarkan balik.
Alhamdulillah..sehingga waktu ini tiada kesan sampingan atau komplikasi akibat pengambilan vaksin ini.
Terima kasih kpd PHLM dan Pharmaniaga yang meng'email' sijil digital pemvaksinan 'myprivatevaccine' pada hari yang sama. Cuma 'mysejahtera' saya belum lagi dikemaskini sejak menerima suntikan dos pertama pada 16 Ogos yang lalu. Saya diberitahu sistem 'mysejahtera' akan dikemaskini dalam tempoh 2 minggu selepas suntikan yang kedua. 

Dengan kecanggihan sistem yang ada sekarang, sepatutnya sistem 'mysejahtera' penerima vaksin di premis kerajaan atau swasta, sama ada percuma atau berbayar dikemaskini dalam tempoh yang lebih singkat.

Related Posts with Thumbnails