Saturday, June 11, 2022

JJCM @Milla Hana Pulut Kedah

Restoran Milla Hana Pulut Kedah

Alhamdulillah..tengahari tadi saya berkesempatan singgah makan di Milla Hana Pulut Kedah.

Restoran ini baru hari ke-3 dibuka di hadapan Pantai Hospital Sg Petani. 
Sebelum ini saya pernah menikmati kelazatan pulut durian dan mangga di Tikam Batu.

Pulut Mangga Special

Antara juadah yang dipesan pada hari ini ialah pulut durian kahwin dan pulut mangga special serta cendol kacang merah.

Cendol Kacang Merah

Memang sedap dan menyelerakan juadah ini bagi penggemar pulut.

Pulut Durian Kahwin


Suasana di dalam restoran pun selesa. Anda boleh pilih ruang berhawa dingin atau berada di ruang terbuka.

Ruang dalam berhawa dingin


In sha Allah boleh mai makan lagi lepas ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails