Friday, February 1, 2019

Pelancaran Tabung Wakaf Al-Quran KMPP

Gimik Pelancaran
KEPALA BATAS, 1 Feb 2019 - Majlis Tafaqquh Fiddin merupakan acara yang sering dijalankan khas kepada semua staf muslim pada pagi hari Jumaat di KMPP.  Pada kali ini, telah berlangsung Majlis Pelancaran Wakaf AlQuran untuk Pusat Islam KMPP yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Pn.Latiza bt. A.Latif. Majlis telah dimulakan denga alunan ayat suci AlQuran yang telah disampaikan oleh Pn.Marzian bt. Mohd Deli, Pensyarah dari unit Biologi dan dengan acara Pelancaran Wakaf AlQuran. Sebelum majlis berakhir, Ustaz Mohd Nasir b.Abd. Rahim telah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan kelebihan menuntut ilmu dan keberkatan amalan bersedekah dalam kehidupan.

Bacaan Surah Al-Kahfi

Credit to:http://www.kmpp.matrik.edu.my/

* Salam Jumaat... Jazakumulllah khairan kepada semua penyumbang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails