Saturday, May 5, 2018

JJCM@Budak Sekolah Car Wash & Char Kuey Tiaw.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Entri saya hari ini berkenaan restoran/kedai makan Budak Sekolah yang terletak di Sg Jagong, Sg Petani. Dah 2 kali saya singgah makan di sini. Alhamdulillah...char kuey tiaw yang sedap dihidangkan.  Memang ramai pelanggan yang datang. Mudah sahaja nak ke sini...terletak di tepi jalan lencongan barat dan apabila tiba di kawasan Sg Jagong dan kelihatan signboard di bawah ...berhentilah.

Papan tanda kedai makan Budak Sekolah
 Sedap rasa Char Kuey Tiaw ini.. hampir menyamai rasa Char Kuey Tiaw Kg Pelet..

Char Kuey Tiaw Lobster (menengah)
Ada pelbagai jenis char kuey tiaw seperti Seafood, Sotong dan Lobster... juga pelbagai kategori tadika, rendah dan menengah...macam budak sekolah...hehe

1 comment:

dear anies said...

ada x kategori Uni? 😆😆

Related Posts with Thumbnails