Saturday, March 4, 2017

Al-Fatihah buat Cikgu Rahim

Semalam..Jumaat 3 Mac 2017, seluruh warga Laguna Merbok kehilangan sebutir permata yg tiada galang ganti apabila Tn Hj Abd Rahim Bin Hj Buang kembali ke rahmatullah.

Allahyarham merupakan seorang guru yg telah bersara dan pernah dilantik menjadi AJK Kebajikan Masjid Andalusia. Jasanya amat besar kpd anak kariah apabila dengan usahanya JK Pembinaan Masjid Bandar Laguna Merbok berjaya mendapat sumbangan sebanyak RM1.8 juta drp Kerajaan Persekutuan utk membina sebuah masjid yg kini dikenali sebagai Masjid Andalusia. Beliau juga orang yg penting yg menguruskan soal kebajikan jenazah apabila berlakunya kematian di Laguna Merbok.

Selain itu, beliau juga sering hadir majlis-majlis ilmu yg dijalankan di masjid. Saat-saat akhir pemergiannya, beliau masih lagi menuntut ilmu.

Semoga ruh arwah dicucuri rahmat. Saya amat terasa kehilangan Cikgu Rahim kerana arwah sangat rapat dengan saya.

Al-Fatihah

Allahyarham Tn Hj Abd Rahim Bin Hj Buang

No comments:

Related Posts with Thumbnails