Sunday, December 11, 2016

Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Zakaria Yusof.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, yang aktif membintangi drama Melayu pada era 1980-an, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Allahyarham Zakaria yang baru pulang daripada menunaikan ibadat umrah, Rabu lalu, meninggal dunia akibat kompilasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, kira-kira 6.45 pagi.

Allahyarham Zakaria menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Fatimah Ali, 65, dan empat orang anak.

Menantu Allahyarham, Rashidah Mohd Yusof memberitahu BH Online, arwah mengadu sakit dada pada sebelah malam selepas tiba di rumah, Rabu lalu.

"Arwah mengadu sesak nafas. Keluarga segera menghubungi ambulans dan menghantarnya ke HKL," katanya.

-Credit to BH online

#Secara peribadi, ketika bertugas di Kuala Lumpur, saya pernah beberapa kali menemui beliau di pejabatnya. Beliau seorang yg baik hati dan peramah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh arwah.. Al-Fatihah

No comments:

Related Posts with Thumbnails