Saturday, August 27, 2016

Musim Menuai di Kedah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Antara yang paling dirindui di Kedah ialah menanti tibanya musim menuai atau orang kedah panggil musim mengerat.

Dahulunya proses menuai padi mengambil masa yang agak lama kerana menggunakan peralatan tradisional. Kemudiannya digantikan dengan jentera penuai.

Petang tadi saya berkesempatan meronda sekitar kampung dan terlihat gelagat kanak-kanak memanjat jentera penuai. Ia mengingatkan saya peristiwa lebih 30 tahun yang lalu, yang mana saya dan rakan-rakan turut melakukan aksi yang sama ketika musim menuai. Ia mungkin membahayakan keselamatan, tapi ia juga suatu pengalaman yang menyeronokkan ketika itu.

Anda...ada beran?

No comments:

Related Posts with Thumbnails