Friday, November 20, 2015

Cerita berinspirasi...

Sekadar berkongsi..

Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging.

Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging,
akan tetapi nasib nya tidak baik, tiba2 pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya. Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10inci itu terlalu utuh baginya.

Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

1 jam berlalu dia mencari apa2 alat yg dapat membantunya keluar namun sia2 dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan.

3 jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.

5 jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap.... sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba2 tuppp... terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Pak guard itu terkejut melihatnya terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya.

Beberapa ketika... Setelah itu, perempuan itu bertanya pada pak guard itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya. 

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi kamu adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari kamu meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana kamu bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Assalamualaikum". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "salam" dan "bye" dari kamu kerana kamu mengingatkan bahawa saya masih seorang insan dan saya masih rasa dihargai oleh seseorang. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang telah terjadi.

Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat. Nasiblah Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dgn naluri yg Allah cetuskan... kalau ikutkn logik memang x masuk akal dah... tambah lagi tengah malam begini...
Perempuan itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.

Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.

7 comments:

Khai♥Rin : anies said...

buat dari hati insya allah pasti akan 'menyentuh hati' (org lain)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Buat dari hati akan datang kebaikannya..

ANIM said...

kita selalu remehkan hal kecil..
rupa2nya ia beri kesan pada oranglain..
walaupun dengan sekadar menyapa..
terkesan:))

ANIM said...
This comment has been removed by the author.
❤Kamsiah❤ said...

pertolongan datang disaat2 sangat diperlukan..

Kesuma Angsana said...

Salam.. n3 penuh pengertian ni.. yg penting mmg selalu kena rendah diri

ohpanduan panduan said...

Terima kasih atas cerita ini. Kena buat seikhlas mungkin. Dari hati akan ada kesan ke hati.

Related Posts with Thumbnails