Thursday, September 10, 2015

Raudhah di Hatiku TV9 di RTC Kota Bharu, Kelantan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Sabtu, 6 Sept. 2015, saya berkesempatan berkunjung ke Karnival Raudhah Dihatiku TV9 di perkarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kota Bharu.

Alhamdulillah saya dapat menyaksikan siaran langsung bersama Mufti Kelantan, S.S Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, wawancara berkenaan wakaf.
Wawancara bersama Mufti Kelantan
 Inilah kali pertama saya bertemu beliau dan dapat bersalaman dengan beliau. Sebelum ini, hanya dapat mendengar suara beliau di Radio Malaysia Kelantan sahaja.

Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad (bersongkok)
 Selepas itu, siaran langsung diteruskan dengan demonstarsi penyediaan Ice Blended. Saya mengikuti sekejap sahaja dan kemudian berkunjung ke gerai-gerai lain yang disediakan.
Live Ice Blended
 Setelah selesai ronda dan bersarapan, saya kembali untuk menyaksikan acara penutup Nasi Lemak Kopi O iaitu pertandingan minum air kelapa.

Live Pertandingan Minum Air Kelapa
Terhibur juga dengan celoteh pengacara dan peserta yang mengambil bahagian. Tak lama selepas ini saya mengambil kesempatan untuk melawat booth yang belum dilawati dan membeli beberapa jenis barang yang dijual di situ.

Sebahagian daripada pengunjung karnival yang menyaksikan siaran langsung Nasi Lemak Kopi O
Nampak meriah karnival ini dan ia mendapat sambutan yang hangat daripada warga Kota Bharu dan sekitarnya.

5 comments:

Abam Kie said...

abe kie jrg gi acara2 mcm ni sbb malas nak bersesak2 n cari parking. tp kalu dekat umah meme la abe kie gi je...naik motor je la.. huhuhuhu

ohpanduan panduan said...

Seronok pergi jalan-jalan sambil tambah ilmu agama.

Shaiful Zaidi said...

@Abam Kie
mmg jem jgk hr tu...Ya naik motor lebih mudah jika berlaku kesesakan..

Shaiful Zaidi said...

@ohpanduan panduan
alhamdulillah...banyak jgk faedah selain dpt membeli-belah.

Izz Latif said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Related Posts with Thumbnails