Tuesday, July 14, 2015

Iftar Perdana 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera
          
 Semalam berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) di Dewan Ibnu Yunus, KMKt. Ini merupakan kali kedua Iftar Perdana diadakan yang melibatkan seluruh warga KMKt.         

Warga KMKt berkumpul di Dewan Ibnu Yunus (DIY)
 Alhamdulillah majlis berjalan lancar dari mula hingga ke akhir. Apabila tiba waktu Maghrib para pelajar dan seluruh warga kolej berbuka puasa secara santai di DIY.
Staf dan pensyarah
 Seperti tahun lepas pelajar non-muslim turut serta dalam majlis iftar tersebut. Ia sudah tentu memberi pengalaman yang unik buat mereka.
Bersama rakan pensyarah
       Keceriaan juga jelas terpancar pada semua warga kolej. Majlis seperti ini wajar diteruskan pada masa hadapan kerana ia dapat mengeratkan ukhuwah di kalangan warga kolej.
Bersama pelajar S3AT1
Bersama mentee

Bersama pelajar S1BT13

             In sha Allah esok saya akan pulang ke kampung untuk berhari raya. Doakan keselamatan saya di sepanjang perjalanan.


2 comments:

dari dapur nasya said...

As salam Tn Shaiful....
Akak juga ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelma. Kalau makan ketupat palas..jgn lupa akak kat sini. Mohon maaf zahir batin juga jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa. Jika berkunjung ke Nilai bolehlah beraya kat umah.

Shaiful Zaidi said...

W'salam. Terima kasih. Salam lebaran. Maaf zahir & batin.

Related Posts with Thumbnails