Friday, May 22, 2015

Kayuh-kayuh Sekitar Kok Lanas

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger dan silent readers.

Maaf....lama tidak menulis walaupun sebelum ini saya bercuti selama 3 minggu di Laguna Merbok. Hari ini saya kembali menulis dan saya berharap dapat terus menulis di blog ini.

Alhamdulillah hari ini dapat menghabiskan kayuhan dari Kolej Matrikulasi Kelantan ke Kok Lanas dan kembali semula. Jaraknya lebih kurang 10 km. Ini kayuhan kedua saya selepas petang semalam menyelusuri jalan kampung di sekitar Selising.

Terasa diri ini lebih segar bila membuat exercise kayuhan basikal ini. Selain itu, dapatlah diisi masa senggang ketika berada di perantauan ini.

Mungkin setahun, mungkin 2 tahun lagi atau bila saya tak tahu saya akan dapat kembali bertugas di Utara.

Jom...kayuh gerek...

9 comments:

eelobor said...

kolej matrikulasi tu kat mana bang?

Chenta said...

salam,, suka tgk foto yang disertakan. Sebab saya pun pernah tinggal di Kok Lanas (berhadapan dgn kem ) . selama 2 tahun.

Kakzakie Purvit said...

Bestnya kalau dpt macam ini. Selain sihat dpt santai-santai melihat pemandangan yg indah..

Shaiful Zaidi said...

Selising, Pasir Puteh

Shaiful Zaidi said...

W'salam...ye ke.
saya baru hampir setahun kat sini.

Shaiful Zaidi said...

Ya akak..best dpt lihat pemandangan yg indah dan permai bumi Kelantan ni..

ANIM said...

balik SP tak dapat nak berbasikal ya shaiful..
seronok dapat berbasikal sambil menikmati keindahan tempat orang...

Shaiful Zaidi said...

Cikgu..kdg2 kat SP pun berbasikal jgk..pusing Laguna jer..

dear anies said...

Lama xdgr perkataan gerek tu ;)

Related Posts with Thumbnails