Wednesday, April 22, 2015

Bengkel Asas Penggunaan ICT Dalam Kuliah.

Saya bersama rakan-rakan pensyarah Unit Matematik Kolej Matrikulasi Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan blogger dan silent readers?

      Alhamdulillah...hari ini saya berkesempatan untuk menjadi penceramah dalam Bengkel Asas Penggunaan ICT Dalam Kuliah anjuran Unit Matematik Kolej Matrikulasi Kelantan.

Semoga ilmu yang dikongsi bersama-sama rakan pensyarah dapat digunakan untuk manfaat bersama khususnya kepada pelajar-pelajar baru yang bakal mendaftar sebagai pelajar matrikulasi pada akhir Mei  nanti. Segala kekurangan saya mohon maaf.

Ini kali kedua saya menjadi penceramah semenjak bertugas di kolej matrikulasi. Kali pertama ketika saya bertugas di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah dahulu.

Kali ini ceramah diberikan secara santai. Jumlah audien juga tidak ramai. Rasa biasa jer..taklah berdebar macam kali pertama dahulu.

Antara isi penting: Manfaatkan peralatan ICT yang ada seperti Tablet dan Smartphone ~Multi -Task
                               Download dan Install aplikasi terkini yang boleh digunakan dalam P&P.
                               Jom jadi blogger!

2 comments:

Khai♥Rin : anies said...

hebatttt!!!

ANIM said...

audiens saya biasa budak2 tahun 1 dan 2 aja, shaiful..hihi

p/s tak balik sp ke..jom p Raudhah di Hatiku

Related Posts with Thumbnails