Monday, March 9, 2015

Kalau kita gaduh...

Sekadar berkongsi

SETIAP  ORANG ELOK BACA INI....."MENANG TAPI KALAH" .

Kalau kita gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau kita gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang cuma ego diri  sendiri
yang susah mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....

6 comments:

Harith Iskandar said...

betul betul

❤Kamsiah❤ said...

bak kata pepatah...kalah jadi abu,menang jadi arang..

Bin Muhammad said...

Ish! Jangan gaduh2... Tak baik!
Bersama kita hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni... Sejahtera hidup.

Khai♥Rin : anies said...

betul... asik rs nk mng je...sbnr nyer dia rs dia dia tu betul 100%

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu. Bila bergaduh mesti akan ada yang rugi.

Najib Ariyan said...

setuju sangat... mengalah nampak kita macam kalah tapi sebenarnya kita telah berjaya menakluk hatinya dan menurunkan egonya...

Related Posts with Thumbnails