Wednesday, December 31, 2014

Kesukaran-kesukaran Waktu Banjir.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah...banjir sudah beransur surut dan cuaca nampaknya semakin baik.

Ada beberapa kesukaran yang dihadapi ketika musim banjir.
1. Bekalan air paip terputus.
2. Bekalan elektrik juga terputus di beberapa tempat.
3. Sukar untuk mendapat petrol kerana banyak stesen minyak ditutup akibat ketiadaan bekalan           elektrik dan petrol.
4. Talian beberapa rangkaian telco yang sering terganggu.
5. Kesukaran untuk mengeluarkan wang kerana mesin ATM tidak berfungsi kerana ketiadaan elektrik atau kehabisan wang.

Walaupun tempat tinggal saya tidak mengalami banjir, tetapi sedikit sebanyak kesukaran di atas telah dirasai. Alhamdulillah...beberapa kesukaran di atas telah diatasi,

Namun, kesukaran yang dirasai sampai sekarang ialah ketiadaan bekalan air paip sehingga saya terpaksa menahan dan mengumpul air hujan untuk digunakan. Sesuatu yang jarang saya lakukan sebelum ini.


Memang ada sumber air lain yang boleh saya dapatkan tapi ia agak terhad. Saya membeli stok air mineral sebagai air minuman.

Mungkin mangsa-mangsa banjir mengalami kesukaran dan dugaan yang lebih hebat drp apa yang saya nyatakan di atas. Ramai yang kehilangan dan kerosakan harta benda. Ada juga yang kehilangan orang tersayang.

SZ: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diharap dapat menyelesaikan dengan segera masalah bekalan air di Taman Merbau Utama, Selising dan di sekitar Kok Lanas.

5 comments:

Cik Misstree said...

Kesukaran yang disenaraikan oleh En. Shaiful tidak terbanding dengan kesukaran yang ditanggung oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam banjir besar di Kelantan terutama rumah yang roboh dan ada pula rumah yang hanyut dibawa oleh air yang deras. Kereta yang tenggelam dalam air banjir, kos overhaul kereta bukanlah sedikit.

Najib Ariyan said...

Assalamualaikum Shaiful

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

Shaiful Zaidi said...

@Cik Misstree
Saya amat bersetuju dengan pendapat Cik Misstree. Dugaan yang saya alami ini hanyalah sedikit berbanding dugaan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawsan tertentu di negeri ini. Pengalaman berada di negeri Kelantan pada musim tengkujuh ini sedikit sebanyak memberi saya ilmu tentang situasi sebenar musim banjir. Sebelum ini saya hanya mendengar dan melihat di media-media sahaja.

Shaiful Zaidi said...

@ Najib Ariyan
Waalaikumussalam saudara Najib Ariyan
Terima kasih saudara. Selamat Tahun Baru 2015. Insha Allah...moga kebahagian utk semua pada tahun ini.

Khai♥Rin : anies said...

opismet br blk dr kelantan katanya, dia minum air telaga tp tgk warna mcm air teh. nk x nk telan jg sbb da haus...

Related Posts with Thumbnails