Tuesday, December 16, 2014

Hujan Hari Ke-3.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hujan masih turun utk hari ke-3 berturut-turut. Belum pernah saya alami pengalaman seperti ini sebelum ini.Mungkin inilah yg dikatakan musim tengkujuh. Dulu dengar sahaja, sekarang dah merasai sendiri keadaannya.

Jika di Laguna Merbok, hujan semalaman pun sudah cukup menjadi petunjuk kawasan rendah di Kedah terdedah kpd banjir.

Nasib baik kat K.L (Kok Lanas) ni kawasannya agak tinggi. Alhamdulillah...walaupun 3 hari hujan, belum kelihatan air bah. Kawasan sekitar seperti Pasir Puteh sudah pun ada yg ditenggelami air. 

Menurut media, paras air sungai Kelantan pun melebihi paras bahaya. Kena berjaga-jaga penduduk yg tinggal di kawasan rendah dan berdekatan dgn sungai.

Moga semuanya selamat dari gelombang kedua banjir.

2 comments:

dear anies said...

mesti sejuk kan?

Shaiful Zaidi said...

Ya...dah masuk hari ke--4 ....mmg sejuk...

Related Posts with Thumbnails