Saturday, December 27, 2014

Banjir di Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Pagi tadi saya berkesempatan melawat tempat banjir di tepi Sg. Pasir Tumboh, Kota Bharu. Kelihatan, air telah naik sampai ke bumbung  beberapa buah rumah rumah. Saya lihat beberapa orang yang saya percaya tuan rumah tersebut berada dalam keadaan sayu dan pilu.

Saya yang melihat air menenggelamkan rumah mereka turut tersentuh rasa kasihan. Inikan mangsa-mangsa banjir kali ini. Namun semuanya ketentuan Ilahi. Apa yang penting sekarang ialah keselamatan dan nyawa. Mereka patut pindah ke pusat pemindahan atau tempat yang lebih selamat.

Kawan-kawan di luar sana, bantulah mangsa-mangsa banjir ini mengikut kemampuan masing-masing.

2 comments:

❤Kamsiah❤ said...

salam
memang banjir kali ni luar biasa en Shaiful..

Shaiful Zaidi said...

W'salam...ya akak. Org berada di luar zon banjir juga terasa kesannya.

Related Posts with Thumbnails