Thursday, November 6, 2014

Pokok Kenaf di Kok Lanas, Kelantan Darul Naim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di Kelantan, selain daripada padi terdapat sejenis pokok yang ditanam pada skala yang agak besar iaitu pokok Kenaf. Pokok Kenaf ialah sejenis tumbuhan berbunga dan digunakan digunakan dalam industri pulpa dan kayu.
Pokok Kenaf

Di kawasan Kok Lanas terdapat banyak pokok Kenaf yang tumbuh subur. Di sini juga ada pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

                                     
                                                Ladang Kenaf di Kok Lanas
Mungkin kat Kedah dan negeri lain pun boleh ditanam pokok Kenaf ni kerana melalui pemerhatian saya keadaan tanah, muka bumi dan iklim setempatnya pun hampir sama.

Sekadar berkongsi info mengenai kenaf oleh  http://kenafmalaysia.blogspot.com/

Pohon kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus L. merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Afrika. Tumbuhan ini dikenal pasti telah pun wujud hampir 4000 tahun yang lalu. Hasil daripada penyelidikan saintifik, kenaf merupakan tumbuhan yang dikategorikan dalam kumpulan Hibiscus iaitu dalam famili Malvaceas. Antara tumbuhan yang dikategorikan sama dengan kenaf adalah kapas dan bendi.

Antara ciri-ciri istimewa tumbuhan ini adalah, ia mampu untuk tumbuh dengan pantas dan boleh menjangkau ketinggian sehingga 3.7-4.3 meter dalam masa hanya 4 minggu . Selain itu juga, tumbuhan ini hanya mampu berbunga sehari sahaja. Tangkai tumbuhan kenaf ini mengandungi dua jenis gentian yang sangat berguna iaitu gentian di bahagian luar dan gentian di bahagian dalam. Gentian bahagian luar atau dikenali sebagai gentian kulit mengandungi 40 % berat daripada berat tangkai kering dan ukuran panjang gentian ini biasanya 2.6 mm apabila diproses. Gentian bahagian ini amat sesuai digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan kertas. Sementara itu pula, gentian dibahagian dalam iaitu gentian teras yang berwarna putih mengandungi 60 % berat daripada berat tangkai kering. Apabila ia diproses, ia mampu menghasilkan gentian yang berukuran 6 mm. Gentian ini setanding dengan gentian yang diperolehi daripada kayu keras di mana gentian jenis ini biasanya digunakan dalam penghasilan beberapa jenis produk kertas.

Tambahan pula, tumbuhan ini sesuai hidup dalam pelbagai jenis keadaan iklim dan jenis tanah. Ia dapat hidup dengan baik dan mampu menghasilkan hasil yang banyak sekiranya berada dalam iklim yang panas dan tanah dalam keadaan lembap. Namun begitu, tumbesaran pokok kenaf akan terbantut sekiranya suhu persekitaran di bawah 10oC. Disamping itu juga, penggunaan tumbuhan ini adalah bersifat mesra alam di mana ia diperolehi daripada alam semula jadi, serta merupakan bahan bersifat organik dan boleh dikitar semula.




7 comments:

Kniedaz said...

baru first time dengar pasal pokok kenaf...alternatif utk bahan membuat kertas yang lebih cepat tumbuh dan dituai hasilnya la kan...

Anonymous said...

nampak cantik ler pulak pokok ni !

Kamsiah yusoff said...

pertama kali akak tgk pokok kenaf ni...:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Jika dulu katanya nak gantikan tembakau. Tapi tak tahulah jadi ker tak. Kat sana banyak ditanam kan.

Najib Ariyan Ali Basha said...

wah ini sangat berguna dan informatif... di negara Indonesia khususnya di wilayah nusa tenggara yg kering dan kurang hujan, barangkali tanaman ini sesuai dan industri kertas boleh diaktifkan di sana

ANIM said...

kat kedah ada juga rasanya...
macam pernah nampak, tapi lupa kat mana.
daunnya lembu makan juga...

Bunda_nora said...

Pernah dengar kertas dibuat dari kulit pokok....rupa2nya dari kulit pokok kenaf ni...

Related Posts with Thumbnails