Monday, November 3, 2014

Air Oh Air.


Dah lebih dua minggu, bekalan air di kawasan perumahan yang saya tinggal mengalami masalah. Kadang-kadang tekanan air rendah, kadang-kadang tak ada langsung bekalan air.

Nasib baik  di rumah saya penggunaan air tak berapa banyak dan air dalam tangki masih berbaki. Namun tekanan air agak rendah. Ada di kalangan jiran-jiran saya sudah kehabisan air untuk kegunaan asas.

Bila agaknya masalah ini akan berakhir? Penduduk telah mengadu kepada pihak AKSB dan SPNB. Namun sampai hari ini masalah tersebut masih belum selesai.

Melalui pemerhatian dan perbualan saya dengan penduduk kampung sekitar sini, ada penduduk kampung yang menggunakan telaga sendiri (telaga boring) dan kebanyakannya menggunakan air bertapis. Kelihatan banyak penapis air (self servis-masuk syiling) di tempat-tempat awam. Begitu juga air minuman R.O (reverse osmosis) dijual dalam botol besar (5L).

Tapi takkanlah penduduk di taman perumahan nak buat telaga sendiri. Moga masalah ini selesai dalam masa terdekat. Kesian kat jiran-jiran di taman ini.

Penduduk Taman Merbau Utama
Selising, Pasir Puteh
Kelantan Darul Naim

*AKSB=Air Kelantan Sdn Bhd.
*SPNB= Syarikat Perumahan Negara Bhd.

8 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Biasanya penduduk sana guna air telaga tuan. Kampung saya pun ramai yang guna air telaga.

ANIM said...

kalau ada anak kecil, lagi kesiankan..

Teacher Basariah said...

Uhuhu..elektrik tiada boleh tahan lagi..tapi klu air..adussssss..naya

Shaiful Zaidi said...

@Pokok Manggis Depan Rumah
ye ke..kg Pn yg dekat Tok Bali tu kan...

Shaiful Zaidi said...

@ANIM
cikgu...memang ada di antara mereka yg ada anak kecil mengeluh dlm whatsapp group..mmg kesian.

Shaiful Zaidi said...

@ Teacher Basariah
betui..betu..betui...

Mohd Ghazali Abdullah said...

En shaiful bertugas d Kelantan?

Shaiful Zaidi said...

Ya...matrik Kelate.

Related Posts with Thumbnails