Monday, June 16, 2014

Dilema Kekal 44 atau Pindah 48?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilllah pada hari Selasa minggu lepas saya menerima berita gembira mendapat kenaikan daripada Pensyarah Akademik DG44 kepada DG48. Beberapa orang rakan juga turut mendapat berita yang sama. Ada yang menerima kenaikan di tempat kerja yang sama dan ada pula yang kena pindah.

Saya salah seorang yang kena pindah. Sejujurnya ia mewujudkan dilema di kalangan pensyarah yang mendapat kenaikan tetapi perlu berpindah ke tempat lain. Justeru itu, ada pensyarah yang terpaksa menolak dan kekal di gred lama. Saya memilih untuk menerima tawaran tersebut dan berpindah ke negeri Kelantan.
In sha Allah suatu hari nanti akan kembali ke Laguna Merbok.

Namun saya berharap sistem kenaikan gred ini ditambahbaik kerana ia memberi impaks yang besar kepada pensyarah dan keluarga mereka.

20 comments:

Khai♥Rin : anies said...

apa2 pun TAHNIAH dan selamat menimba pengalaman baru...

ANIM said...

department tempat suami saya juga mengalami rombakan besar2an jun ini. ramai yg terpaksa keluar dari ipoh walaupun sudah berpuluh tahun menetap..
ramai yg tak mahu berpindah kerana sudah selesa, sudah ada rumah, anak2 pun sedang bersekolah..
buat saya...selagi kita hidup, kita akan dibebani masalah. bagaimana kita mengendalikan masalah itulah yang menjadikan kita lebih matang dan tabah..
wallahua'lam

Bin Muhammad said...

Tahniah diatas kenaikan! Memang dilema sedikit tetapi pasti banyak kebaikan hasil dari perpindahan ini nanti. Semoga bahagia ditempat baru...

Mohd Ghazali Abdullah said...

Tahniah. Selamat bertugas di Kelantan

Harith Iskandar said...

Alhamduillah, kita kena berani terima perubahan-pindah.sbb kenapa mesti takut terima perubahan?

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Tak apa pindah dahulu, Nanti lama-lama dapat balik ke LB balik insyallah.

ZUKI DIN said...

duduk je di kelate... bawa anak2 n isteri...ada slogan SKMK...sampai kelantan mesti kahwin... hmm...dlm kes epul ni K yg kedua tu nak ganti dgn apa ye? hehehehhe

Hisyam Muhibah said...

Tahniah.. semoga lebih berjaya di tempat baru..

Yatie said...

Alhamdulillah, Tahniah En Shaiful...selamat bertugas di tempat baru..moga terus maju jaya..

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih Anies..in sha Allah.

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih atas pandangan cikgu.

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih BM..
Amin..

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih Ghazali. Alhamdulillah org Kelantan mengalu-alukan kedatangan saya.

Shaiful Zaidi said...

Ya saudara Harith...tq atas kata2 semangat.

Shaiful Zaidi said...

Mudah-mudahan...in sha Allah.

Shaiful Zaidi said...

Sampai Kelate Mesti Kerja..hehehe

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih saudara Hisyam.

Shaiful Zaidi said...

Terima kasih Kak Yatie ...in sha Allah.

Kniedaz said...

Wah...tahniah di atas kenaikan pangkat...nak ke Kelantan ya? Seronok la mencari pengalaman di tempat orang...di UiTMPP pun ramai yang berpindah ke kampus baru di Pasir GUdang...

Cik Misstree said...

As-Salam

Tahniah. Itu delema bg pensyarah yg bertugas di institusi yg mempunyai pelbagai cawangan seperti kolej matrikulasi, UiTM dsb. Saya percaya sekolah vokasional yg kini sudah dinaikkan taraf kepada kolej vakasional di mana para pensyarahnya juga berpeluang untuk dipindahkan ke negeri-negeri lain dalam Malaysia apabila diberi peluang kenaikan pangkat. Saya memilih untuk bertugas di IPTA yg tidak mempunyai cawangan-cawangan di negeri yang lain. Jika ada cawangan-cawangan di negeri yang lain pun ia tidak melibatkan bidang saya.

Bukannya mudah jika berpindah ke negeri lain. Jika berhanpiran dengan negeri tempat bertugas sebelum ini, boleh tahan lagi. Tapi, bagaimana jika berpindah ke negeri Sabah atau Sarawak? Walaupun Sabah & Sarawak menyediakan elaun wilayah kpd kakitangan kerajaan yang berkhidmat di sana, tp bagi saya masih tidak berbaloi. Alangkah negeri Johor pun sudah terasa masalahnya jika berpindah dr negeri Kedah.

Related Posts with Thumbnails