Wednesday, May 21, 2014

Al - Fatihah: Kemangkatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.


KUALA LUMPUR 21 Mei - Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan berkata, jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat asar.

Bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain akan dikibarkan pada separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama tiga hari sehingga 23 Mei dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Kedah. - UTUSAN ONLINE

8 comments:

ZUKI DIN said...

Innalillah...

❤Kamsiah❤ said...

7.45 kedua2 anak akak dh tercegat kat rumah semula..tak sempat masuk kelas pun..

ANIM said...

al fatihah

Kesuma Angsana said...

slm takziah & alfatihah

Cik Misstree said...

Takziah. Saya terkejut baca berita kemangkatan beliau di blog ini. Ada khabar berita mengatakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah dikatakan akan menjadi Sultan Kedah kerana Raja Muda Kedah sudah terlalu tua dan uzur. Maka harapan itu diletakkan kepada Tunku Bendahara Kedah. Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Muda Kedah tidak mempunyai zuriat lelaki yang akan meneruskan legasi kesultanan Kedah.

Teacher Basariah said...

innalillah..salam takziah buat seluruh rakyat Kedah

Teacher Basariah said...

cikgu saiful , jemput jawab soalan saya tag cikgu ye..jgn marah2..nnt kena jual..huhu

http://teacherbasariah.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-cik-su.html

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga selamat semuanya.

Related Posts with Thumbnails