Sunday, April 6, 2014

Musim Bunga di Utara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan semua pembaca blog ini? Lebih seminggu saya bercuti daripada menulis sebarang entri.

Hari ini, entri saya berkenaan 'musim bunga' yang sedang melanda kawasan Utara khususnya dari Pulau Pinang hingga ke Alor Setar.

Foto-foto ini ada yang saya ambil sendiri dan ada yang diperolehi dari Fb rakan-rakan. 

Lokasi: Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Orang tempatan memanggil pokok ini pokok 'bunga sakura'. Nama sebenarnya saya tak pasti pulak. 
Apabila tiba musim bunga, daun-daun pokok ini akan gugur dan rantingnya akan dipenuhi dengan bunga. Ada bunga yang berwarna pink, putih, kuning, merah dan lain-lain lagi.
Lokasi: Bertam, Kepala Batas

Lokasi: Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah

Lokasi; Taman Kempas, Sg. Petani

Lokasi: Bandar Laguna Merbok

Lokasi: Bandar Laguna Merbok

Bagaimana dengan kawasan kediaman anda.....ada juga ke bunga-bunga 'sakura' seperti ini?

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

wah...feeling ala2 kat korea...

farhana mohamad said...

subhanallah.
cantiknya

Cik Misstree said...

Di Lagenda Height pun ada pokok ni. Nama saintifik pokok ni ialah Tabebuia turut dikenali dengan nama pokok Tecoma merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan. Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya seperti warna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Pokok ini mengeluarkan bunga yang lebat selepas menghadapi musim panas dengan suhu yang tinggi. Dari sudut perubatan, pokok ini mengandungi nilai therapeutic kerana bersifat antibakteria.

Wajarlah kini pokok ini berbunga lebat selepas musim panas yang melampau di Utara Semenanjung Malaysia dari Januari-Mac 2014.

Anonymous said...

samalah kat sini .. cantikan bunga2 ini !

Kniedaz said...

OO...terima kasih cik Misstree atas penerangan...sama la pulak entri kita kan! ^_^

che mid said...

Wah..teringin ke utara la pulak..kat penang ada tak? CM nak ke penang hujung minggu ni..

Teacher Basariah said...

sweet je kan?(^_^)

Related Posts with Thumbnails