Monday, March 24, 2014

Reunion Mat Jiwa 94.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertemuan yang cukup bermakna setelah hampir 20 tidak bertemu. Masing-masing dengan kerjaya tersendiri. Ada pilot,  doktor, engineer, lawyer, manager, bankers dan lain-lain lagi. Kebanyakannya sudah berumah tangga dan mempunyai anak. 

Selepas makan malam di D'King Mee Udang, kami berkonvoi menuju ke Sek. Men. Sains Sultan Mohamad Jiwa. Di sini kami bertemu dengan 2 dua orang guru yang masih bertugas, iaitu Cikgu Pesol (Pengetua) dan Cikgu Mahmud (PK HEM). 20 tahun lalu kedua-duanya adalah guru disiplin. Banyak kenangan dan imbasan kembali muncul dalam perbualan kami.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang belanja makan dan hadiah untuk semua. Moga pertemuan semula ini dapat mengeratkan kembali persaudaraan kita.

Anda bagaimana... dah reunion dengan kawan-kawan lama?

4 comments:

Kniedaz said...

seronoknya bertemu kawan lama...banyak kali plan nak jumpa tapi masih tak dapat jumpa..ramai yang merantau ke negeri lain..susah nak kumpul

Bin Muhammad said...

Bukan mudah nak berkumpul semula ni, tapi kalau berjaya memang best! Pelbagai rupa, gaya dan ragam...xcukup masa nak bersembang dan bercerita!

BUNDA a.k.a KN said...




Lebih kurang jejak kasih lah ni...

semoga ikatan ukhuwah kembali bertaut erat..

salam ziarah dari bunda...

radziah AR said...

saya reunion raya lepas. slps ni reunion tanpa seorang sahabat baik yg telah kembali padaNya (mangsa kemalangan di tapah beberapa minggu lps)(al-fatihah).
one of mat jiwa 94, my friend ...akilah...

Related Posts with Thumbnails