Sunday, March 2, 2014

Mari Berpantun.

Madu lebah dijampi serapah
Daun cekur dibelah-belah
Usia bertambah nikmat melimpah
Sujud syukur kepada Allah

Panglima Banjar tangkas bersilat
Jalan seiring Sultan berangkat
Menjelang fajar bangunlah solat
Doa diiring memohon berkat

Rumah Pak Majid di tengah taman
Tempat menelaah buku agama
Kunjungi masjid kukuhkan iman
Solat jamaah agenda utama

Laut diredah ke Pulau Jawa
Membawa keladi dengan halia
Solat ibadah penawar jiwa
Membentuk peribadi insan mulia

Dato' Paduka mendapat kurnia
Msuk dijemput inang dan dayang
Janganlah leka urusan dunia
Sehingga luput waktu sembahyang

Pisau belati tajam berkilat
Untuk membelah kupas nanas
Mukmin sejati istiqamah solat
Hablumminallah Hablumminannas

Nukilan; Abd Halim Shafie
                Bandar Laguna Merbok.

4 comments:

❤Kamsiah❤ said...

Hidup di dunia hanya sementara,
tempat membuat amal ibadat;
kumpullah kebaikan himpunlah pahala,
jangan pula kumpul harta dan maksiat.

Cik Misstree said...

Padat berisi limau tambun,
Petik orang dibawa ke kuala;
Pantun bukan sebarang pantun,
Pantun berkias menikam dada.

Kuala Cenaku airnya dalam,
Lalu perahu mudik ke pekan;
Kalau dah sanggup jadi Islam,
Lima waktu jangan tinggalkan.

Bin Muhammad said...

Lagu dilantun sungguh berbisa,
Lenguh badan terasa aman,
cikgu berpantun seindah bahasa
Penuh teladan buat pedoman.

Khai♥Rin : anies said...

nak balas cam ne ye? ;-)

Related Posts with Thumbnails