Sunday, February 23, 2014

Beza Musim Menuai Kini dan Dahulu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Musim menuai atau musim mengerat padi ialah masa yang ditunggu oleh pesawah-pesawah setelah berpenat lelah membanting tulang empat kerat.
Credi to:http://bangciknie90.blogspot.com/
Musim menuai kini tak semeriah dahulu. Kini, hasil yang dituai menggunakan jentera penuai moden terus dimasukkan ke dalam lori dan dibawa ke kilang.


Dahulu, musim menuai seolah-olah pesta. Kanak-kanak mencari ikan di lopak-lopak sawah yang dilalui jentera penuai. Orang dewasa pulak sibuk dengan aktiviti mengaut padi, memegang guni dan menarik padi.

Suatu ketika dulu, saya pernah merasai pengalaman sebegini. Kadang-kadang sampai ke malam ramai yang masih berada di sawah.

Kini tak ramai anak muda yang turun ke sawah. Hanya kelihatan generasi pesawah yang sudah lanjut usia.

4 comments:

Abe Kie said...

salam. sy pernah membantu bapa membanting padi masa budak2..selebihnya bermain n berguling atas jerami tu sampai gatal2 belakang...skrg ni byk sawah padi yg terbiar di kg sy kat kelate tu..

Bin Muhammad said...

Zaman berlalu pastinya membawa perubahan. Itulah namanya kemajuan. Semakin menyenangkan dan memmudahkan tetapi menghilangkan sesuatu yang lain...
Kat kampung pula, padinya baru sahaja masuk sebulan lebih...Risau juga dgn cuaca panas sekarang ni.

❤Kamsiah❤ said...

sedapnya makan nasi beras yg fresh...mcm dulu2...padi yg ditanam sendiri,dituai dan dimesin...

Kniedaz said...

rumah saya dekat dengan sawah bendang tapi jarang pergi dekat-dekat membelek pokok padi..hehe

Related Posts with Thumbnails