Monday, January 6, 2014

Pelajar Tahun 1 Maut Dalam Kemalangan di Simpang Empat.

ALOR SETAR - Seorang murid Tahun Satu maut manakala abang dan neneknya cedera parah apabila motosikal ditunggangi mereka dirempuh lori tiga tan di hadapan Sekolah Kebangsaan Haji Hassan Itam, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari tadi, Muhammad Syazril Mohd Sharizal, 7, murid di sekolah itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.Abang mangsa, Muhammad Syazwan Mohd Sharizal, 9, dan neneknya Che Mah Darus, 67, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Menurut ibu saudara mangsa, Rosmah Azizan, 42, setiap hari ibunya akan menghantar dan mengambil mereka di sekolah.

Kedua-dua beradik itu dijaga oleh nenek dan datuknya sejak mangsa berumur empat bulan selepas ibunya meninggal dunia kerana barah manakala bapa mereka Mohd Sharizal Azizan, 28, bekerja sebagai pemandu mesin padi di Sungai Petani, katanya kepada pemberita ketika ditermui di HSB."Dia (mangsa) memang bijak dan rajin dan walaupun masih kecil dia pandai menjaga datuknya yang sakit semasa neneknya tiada di rumah,” katanya dengan sayu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata pemandu dan kelindan lori itu telah ditahan untuk soal siasat. - Bernama

Sumber: http://www.kosmo.com.my

SZ: Al-Fatihah...
      Kejadian berlaku tak jauh dari kampung saya. Jalan tersebut merupakan jalan utama yang memang      
      sentiasa sibuk dengan kenderaan.
      Kesiannya... arwah baru beberapa hari mula bersekolah. Moga tempatnya di jannah. 

Foto: Whatsapp group Anak-anak Batu 9

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

Al fatihah...syurga yg menanti sikecil...

Abam Kie said...

Al-Fatihah utk arwah anak kecil ini.

Teacher Basariah said...

Innalillah..runtunnya hati baca berita ini..Syurga menantimu hai anak..(T T)

dear anies said...

alfatihah utk arwah.. br nk merasa bersekolah...

ANIM said...

Hati tersentuh bila berdepan fgn kemalangan yg melibatkan murid sekolah....
Al fatihah..

Anonymous said...

al fatihah...rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga arwah tenang di sana..

Related Posts with Thumbnails