Saturday, November 9, 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Hari ini saya dan keluarga berkesempatan mengunjungi Pusat Sains Negara (PSN) Cawangan Utara di Gunung Keriang, Alor Setar. Sebenarnya suadah lama saya mendengar berita tentang kewujudan PSN kat situ. Kalau masa di K.L dahulu, saya sering berkunjung ke PSN di Bukit Kiara, tapi pagi tadi adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di PSN Cawangan Utara.

Pusat Sains Negara ini terletak di kaki Gunung Keriang. Orang luar dari Kedah mungkin tak tau apa yang dimaksudkan dengan keriang. Anda tahu ke?


Untuk masuk ke PSN ni free jer. Kalau tak silap nak masuk PSN Bukit Kiara kena bayar. Memang sesuai untuk bawa anak-anak kecil yang masih bersekolah kerana kat sini depa boleh belajar macam-macam. Banyak segmen yang terdapat di situ yang menggunakan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan teori saintifik.





Anak-anak kecil pasti teruja kerana dapat melakukan eksperimen ringkas di situ. Di samping itu, ada sesi penerangan yang disampaikan oleh sukarelawan/wati serta staf PSN. Memang menariklah..



Jangan lupa bawa anak-anak anda ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Info lanjut boleh didapati dengan melayari http://www.psn.gov.my/.

5 comments:

Khir Khalid said...

Assalam.. bagus info ni, ada juga tmpt baru yg nk dituju sekeluarga jika ke utara nnti.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)

Bin Muhammad said...

Di utara pun sudah ada pusat sains negara. Bagus! Lokasi sesuai utk anak2 di cuti sekolah.

Khai♥Rin : anies said...

Msk free? Ini tidak adil! Arggghhh

Khai♥Rin : anies said...

P/s hannah = cucu bos

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, bagus tempat2 macam ni...bukan saja untuk anak2 ,,kita yang dewasa juga perlu menambah ilmu kesana...apa lagi dicuti sekolah ni elok sangat lah kesana sambil bercuti2 satu Malaysia..

Related Posts with Thumbnails