Friday, September 27, 2013

Ziarah pusara Allahyahram Us. Azizan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. ..semalam saya berkesempatan menziarahi pusara Allahyahram Dato ' Seri Diraja Tan Sri Us. Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah  di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Perjalanan ke sana mengambil masa yang agak lama kerana jalan sesak teruk selepas pekan Pokok Sena.
Apabila sampai saya terus ke pusara arwah. Kelihatan ramai lagi yang menziarahi pusara arwah walaupun waktu dah hampir senja.

Semasa hayatnya, saya pernah beberapa kali bertemu dengan arwah. Kali terakhir ketika kenduri kahwin anak beliau yang diadakan di Kompleks Pas Kedah yang terletak di kampung saya. Seluruh kampung dijemput oleh beliau.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh kawan dan lawan.

Semoga rohnya ditempatkan bersama - sama orang yang soleh.

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

bla tgk pic ni tiba2 sy teringatkan hari pemergian allahyarham ustaz fadzil noor...

Kakzakie said...

Pemimpin yg baik beginilah perginya pasti penuh dengan iringan doa - sayu hati kita tapi kakak percaya dia tenang di sana.

Bin Muhammad said...

Pemimpin yg disanjung kerana kepimpinan dan pekertinya. Semoga Beliau bersemadi aman bersama orang2 yg soleh. Al Fatihah

Bin Muhammad said...

Pemimpin yg disanjung kerana kepimpinan dan pekertinya. Semoga Beliau bersemadi aman bersama orang2 yg soleh. Al Fatihah

Related Posts with Thumbnails