Friday, September 20, 2013

Hidup Ibarat Kertas.

Sekadar renungan:

Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang. Dunia semuanya seperti kertas.Ramai yang bersedih, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA. Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja
Kerana kertas, manusia dihina, Kerana kertas manusia terpisah, Kerana kertas manusia berkuasa, Kerana kertas manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
Magnum 4D -  kertas

Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL MATInya. Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan. Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.

4 comments:

Kamsiah yusoff said...

rm..kertas yg membuatkan manusia hilang pertimbangan...

dear anies said...

tp la ni 'go green' x de kertas ;-)

Bunda_nora said...

betul tu kamsiah...rm, kertas yang kadang buat orang gelap mata... mata duitan..

kak tie said...

susah juga jd kertas ni yer,senang2 dibakar orang

Related Posts with Thumbnails