Thursday, September 26, 2013

Berlian merah jambu sebesar biji plum akan dilelong.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini sekadar berkongsi berita dari akhbar Kosmo online....

Seorang model menunjukkan berlian seberat 59.6 karat di Geneva, Switzerland semalam.- afp
GENEVA - Sebutir berlian merah jambu seberat 59.60 karat yang dikenali sebagai Pink Star akan dilelong oleh firma Sotheby pada November depan pada harga tawaran AS$60 juta (RM196.8 juta).
Harga tersebut adalah yang paling mahal untuk sebutir batu permata.
"Sebutir berlian merah jambu seberat 5 karat adalah sukar untuk ditemui, bayangkan permata ini mempunyai berat 59.60 karat," kata pengerusi divisyen barang kemas Sotheby's, David Bennett.
Menurutnya, batu berlian itu dilombong oleh firma De Beers di Afrika pada 1999 tanpa mendedahkan nama negara berkenaan.
"Berlian merah jambu yang sebesar buah plum kering itu dahulunya seberat 132.5 karat sebelum dicanai," ujar Bennet. - AFP

Related Posts with Thumbnails