Monday, August 12, 2013

Saksikan hujan meteor bermula 11 malam ini.

SHAH ALAM - Waktu terbaik untuk orang ramai menyaksikan hujan meteor ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam ini.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam, fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa sehingga subuh esok.

Beliau berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.  

"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya.

Credit to: Sinar Harian online.

8 comments:

Izzat Eshak said...

ramai orang duk luar rumah malam ni

Unknown said...

dok tunggu x npk2 lagi hehe

Kamsiah yusoff said...

pagi ni hujan yg sangat lebat beserta ribut yg kencang di kulim..tak taulah ianya kesan meteor atau apa..

BinMuhammad said...

Hanya melihat bintang di dalam mimpi...hehe
Salam lebaran, maaf zahir & batin

Shaiful Zaidi said...

betul 3x..hehehe

Shaiful Zaidi said...

serupa la kita...hehehe

Shaiful Zaidi said...

kat Laguna pun ujan lbt awal pg td..

Shaiful Zaidi said...

dlm mimpi pun x nampak bintang..hehehe
Salam Aidil Fitri. Maaf zahir & batin.

Related Posts with Thumbnails