Monday, August 26, 2013

Review Buku 'The Tunnel Girl'.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak buat review untuk sebuah buku yang baru dibaca. Buku ini baru dibeli malam tadi ketika program Solidariti Ummah Bersama Mesir di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok. 

Buku hasil nukilan anak Presiden MAPIM, Cikgu Azmi memang menarik untuk dibaca. Ia mengisahkan pengalaman anak gadis yang baru berusia 16 tahun memasuki bumi Palestin menggunakan laluan terowong bawah tanah. 



Sinopsis

Kembara jiwa dalam misi kemanusiaan telah mencatat satu sejarah yang sungguh mahal buat remaja berusia 16 tahun bernama Nur Sakinah Hanani Binti Mohd Azmi.

Beliau telah menyertai misi ke Gaza tetapi terpaksa menghadapi saat getir menyeberang ke sempadan Rafah ke Gaza melalui terowong rahsia bawah tanah buatan manusia.

Terowong yang menjadi talian hayat buat penduduk Gaza untuk membawa masuk bekalan perubatan dan makanan serta menyelamatkan mangsa-mangsa peperangan yang kritikal.

Pendedahan ekslusif dari 'The Tunnel Girl' ini perlu dimiliki oleh para remaja sebagai sumber inspirasi dan azam menjadi pejuang Agama, Bangsa & Negara.


11 comments:

Teacher Basariah said...

teringat masa di USM dulu..saya sempat mendapat tunjuk ajar drp cikgu Mi dan tinggal di rumah beliau di Merbok..sebuah keluarga yang sangat sederhana..Didikan beliau terhadap anak2nya sangat saya kagumi sampai kini..(^_^)

dear anies said...

pihak israel x jumpe ke tunnel ni?

ANIM said...

kalau dapat carikan saya sebuah ok jugak kan? boleh kirimkan pd ustaz akmal :D))

BinMuhammad said...

Menarik sinopsis nya... Kisah kehidupan dan perjuangan yang boleh menjadi inspirasi

Anonymous said...

macam menarik lah !

Shaiful Zaidi said...

@ Teacher Basariah
bertuahnya cikgu kerana berpeluang tinggal bersama keluarga beliau.

Shaiful Zaidi said...

@Khai♥Rin : anies
tak pasti pulak coz terlalu byk tunnel kat sana..

Shaiful Zaidi said...

@ANIM
malam tu saya beli direct drp wakil cikgu Azmi...

kalau cikgu nak pinjam buku tu, kena tunggu saya habis baca dulu.

Shaiful Zaidi said...

@Bin Muhammad

inspirasi buat pemuda-pemudi di luar sana.

Shaiful Zaidi said...

@ Kesuma Angsana

mmg menarik..

mama aini said...

ehem..bagus kalau mama dpt membacanya..

Related Posts with Thumbnails